3 Aku akan menyanyi dengan riang kerana Engkau,dan menyanyikan pujian kepada-Mu, Yang Maha Tinggi.
4 Ketika Engkau muncul, musuhku berpatah balik;mereka jatuh tersandung lalu mati.
5 Engkau memerintah sebagai hakim yang adil,dan Engkau telah membela perkaraku.
6 Engkau telah menghukum bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu,dan membinasakan orang jahat;mereka tidak akan dikenang lagi.
7 Musuh kami lenyap selama-lamanya;Engkau telah memusnahkan kota-kota mereka,dan mereka dilupakan sama sekali.
8 Tetapi TUHAN memerintah selama-lamanya;Dia mendirikan takhta-Nya untuk menghakimi dunia.
9 Dia memerintah dunia dengan adil,dan menghakimi rakyat dengan saksama.