15 Keadilan akan ditegakkan lagi di mahkamah,dan semua orang jujur akan menyokongnya.
16 Siapakah yang membela aku terhadap orang zalim?Siapakah yang memihak aku menentang orang jahat?
17 Jika TUHAN tidak menolong aku,pasti aku sudah pun sampai ke dunia orang mati.
18 Waktu aku berfikir bahawa aku akan jatuh,kasih-Mu, ya TUHAN, menopang aku.
19 Ketika aku bimbang dan khuatir,Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.
20 Engkau tidak bersekutu dengan hakim yang tidak adil,yang mengesahkan perkara yang melanggar hukum;
21 mereka bersekongkol melawan orang baik,dan menghukum mati orang yang tidak bersalah.