8 Hai umatku, mengapakah kamu begitu bodoh?Bilakah kamu dapat faham?
9 Allah menjadikan telinga - pasti Dia dapat mendengar.Dia menjadikan mata - pasti Dia dapat melihat.
10 Dia yang memarahi bangsa-bangsa - pasti Dia menghukum mereka.Dia guru semua orang - pasti Dia berpengetahuan.
11 TUHAN tahu akan fikiran manusia;Dia tahu bahawa semuanya sia-sia belaka.
12 Ya TUHAN, berbahagialah orang yang Engkau didik,orang yang Engkau ajarkan hukum-Mu.
13 Engkau menenangkan dia pada masa kesusahan,sehingga lubang digali untuk memerangkap orang jahat.
14 TUHAN tidak akan meninggalkan umat-Nya;Dia tidak akan mengabaikan orang yang menjadi milik-Nya.