5 Nyanyikanlah pujian untuk TUHAN,pujilah Dia dengan memetik kecapi.
6 Tiuplah trompet dan sangkakala,bersoraklah di hadapan TUHAN, Raja kita!
7 Berderulah,hai laut dan segala isimu,bernyanyilah,hai bumi dan semua yang mendiamimu.
8 Bertepuk tanganlah,hai sungai-sungai;bersorak-sorailah di hadapan TUHAN, hai bukit-bukit,
9 kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi.Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur.